Monday, February 25, 2019

Semua Diminta Bertenang


1. Rasulullah mencela mereka yang bersekongkol dalam pembunuhan seorang Muslim. Perkara ini dinyatakan di dalam hadith di mana Rasulullah menegaskan:

من أعان على قتلِ امرئٍ مسلمٍ بشَطرِ كلمةٍ لَقِي اللهَ يومَ القيامةِ مكتوبًا على جبهتِه : آيِسٌ من رحمةِ اللهِ

“Barangsiapa yang membantu (bersekongkol) dalam pembunuhan seorang muslim (walau) dengan separuh perkataan, nescaya dia akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat dalam keadaan dituliskan di atas dahinya “Yang terputus dari rahmat Allah”. (HR Ahmad)

2. Berdasarkan hadith ini adalah wajar bagi seorang Muslim untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap insiden yang menyebabkan saudara Muslim mereka terbunuh. Mereka meluahkan kekecewaan mereka, tidak mahu berdiam diri, atau bersekongkol dalam isu tersebut.

Malah hadith tersebut turut menyatakan bahawa tiada rahmat bagi perkara sebegini. Jangan pula kita salah faham tentang konsep Rahmatan lil Alamin. 

3. Begitu juga penghinaan terhadap Rasulullah. Di dalam al-Quran, Allah melaknat mereka yang menyakiti Allah dan Rasul. Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَاباً مُهِيناً

“Sesungguhnya orang yang mencaci Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat, dan disediakan bagi mereka azab yang hina. (Al-Ahzab: 57, Terjemahan JAKIM).

4. Ayat ini mengajar kita bahawa perbuatan menyakiti Allah dan Rasul melalui penghinaan terhadap mereka adalah perbuatan yang dilaknat Allah. Benar, pendekatan dakwah adalah salah satu pendekatan di dalam perkara ini, namun, Muslim juga tidak dilarang untuk menyuarakan kekecewaan dan bantahan mereka terhadap individu yang menghina Rasulullah.

5. Luahan kekecewaan yang disuarakan oleh seorang Muslim adalah tanda keperihatinan mereka terhadap perkara yang menyakiti Rasulullah dan saudara Muslimnya yang lain.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Ceramah Perdana

Ceramah Perdana swmpena PRK N24 Semenyih.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=347468885860031&id=430665967118189

Lain Halnya Di Austria

Tindakan denda dan penjara akan dikenakan kepada individu hina Nambi Muhammad SAW.

https://www.facebook.com/100013540865991/posts/609849296143094/?sfnsn=mo

Lebih 1 Trillion

Hutang negara masih lebih 1 Trillion - Menteri Kewangan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2200501873533481&id=2009793029271034&sfnsn=mo

Tuesday, February 19, 2019

Jemput Tapi Tidak Dibenarkan Bercakap

Jemput tapi tidak dibenarkan bercakap. Mereka ini adalah wakil yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam plihanraya.  Dimana kebebasan bersuara yang dilaungkan?

Double standard?

#islammemimpin
#malaysiasejahtera
#sejahterabersamaislam


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156409190648369&id=196573983368&sfnsn=mo

Jangan Malu Bakap PM-8

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156408834758369&id=196573983368&sfnsn=mo
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=481152612419523&id=260508291150624&sfnsn=mo

Penerangan Pertemuan Presiden Dan PM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2576044202412308&id=220590201291065&sfnsn=mo

Tuesday, February 12, 2019

Sah! Tiada Kemasukan

SPRM sahkan tiada kemasukan RM90juta dari 1MDB ke akaun rasmi PAS.

Alhamdulillah.


Monday, February 11, 2019

Ibrah Al-Kahfi

IBRAH AL-KAHFI: KEPINCANGAN PEMIKIRAN SOFISME.

Ketika membahaskan berkenaan asal-usul kepincangan cara berfikir manusia, Syeikh Abdul Rahman Hasan Habannakah al-Maidani mengaitkan sikap tersebut dengan ayat:

وَيُجَادِلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ ۖ وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَمَا أُنذِرُوا هُزُوًا 

"Dan golongan yang kufur berdebat dengan cara yang batil agar mereka dapat melenyapkan kebenaran. Dan mereka menganggap ayat-ayat Kami & peringatan-peringatan terhadap mereka sebagai perlekehan" - al-Kahfi 56.

⚫ Kufur Nikmat Berfikir.

Ayat di atas menjelaskan beberapa sikap:

• Golongan yang menyalah-gunakan kepintaran dalam berfikir.
• Gemar berbahas akan perkara yang tidak diketahuinya.
• Menggunakan falasi-falasi batil semata-mata untuk menyembunyikan kebenaran.
• Tidak amanah terhadap ilmu menyebabkan berlaku penyelewengan.
• Memperlekeh prinsip kebenaran.

Lantas dari ayat ini, Syeikh Habannakah menjelaskan betapa metodologi pemikiran Sofisme merupakan sebuah contoh bagaimana sikap manusia, gemar memanfaatkan kepintaran masing-masing demi meraih kepentingan yang dihajati.

⚫ Berfikir Untuk Untung.

Golongan Sofis adalah terdiri dalam kalangan ahli-ahli falsafah kuno Greek, yang suka menggunakan logik secara berbelit-belit.  Sikap mereka tidak konsisten berhujah dalam satu-satu premis. 

Apabila berdebat dengan golongan Sofis, kebenaran bukanlah keutamaan bagi mereka. Golongan Sofis tidak ada kejujuran dengan prinsip ilmu. Sebaliknya tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk meraih kemenangan secara pragmatik dengan retorika-retorika yang membelit. 

⚫ Kebenaran Relatif?

Penganut Sofisme amat terkenal dengan doktrin, bahawa kononnya kebenaran itu relatif. Ia dianggap tidak boleh ditentukan. Dalam erti kata lain, kebenaran itu terlalu subjektif.

Mereka amat memerlukan doktrin tersebut untuk mewajarkan gaya penghujahan mereka, agar ia sentiasa secocok dengan kepentingan yang ingin dipertahankan. Hal ini kerana, pandangan-pandangan mereka amat bergantung dengan penaja yang membiayai mereka. 

⚫ Bukan Mencari Kebenaran.

Jika semalam yang menaja mereka adalah pihak A, maka mereka akan menggeledah hujah bagi menjustifikasikan bahawa pihak A itu benar. Adapun jika hari ini pihak B pula yang menaja mereka, maka mereka akan menyelongkar hujah bagi mewajarkan kepentingan pihak B.

Bermaksud, hujah-hujah golongan Sofis bukan berdiri di atas hujah ilmu secara konsisten & berintegriti. Sebaliknya mereka, terlebih dahulu memilih sikap yang menguntungkan mereka. Selepas pilihan dibuat, barulah mereka mengolah pelbagai hujah semata-mata untuk mewajarkan kepentingan mereka.

Maka disebabkan itu, golongan Sofis cukup bergantung dengan doktrin kononnya kebenaran itu relatif. Apabila ditanya mengapa pandangan golongan Sofis serba tidak konsisten? Maka mereka akan jawab bahawa kebenaran itu relatif. Kononnya kebenaran itu berubah-ubah statusnya bergantung dengan kepentingan semasa.

⚫ Fitnah Falasi & Retorika.

Allah mengurniakan akal, untuk berfikir bagi mewajarkan kebenaran. Bukan untuk bermain akal bagi mewajarkan kebatilan. Oleh kerana itu, terlalu banyak ayat al-Quran yang mengancam agar jangan menggadaikan kebenaran dengan kebatilan semata-mata untuk kepentingan dunia.

Begitu juga, tidak sedikit hadith-hadith akhir zaman yang mengingatkan bagaimana retorika digunakan untuk menukar paradigma manusia. Hingga benar kelihatan salah & salah kelihatan benar. Begitu juga gejala suka bercakap pada perkara yang tidak diketahuinya, terkait rapat dengan kemunculan golongan Ruwaibidhah yang telah diingatkan oleh Nabi.

Walaupun Sofisme dianggap sebagai aliran pemikiran falsafah kuno, tetapi elemen-elemen gaya berfikir serba pragmatik tersebut masih diamalkan hingga ke hari ini. Bahkan ia merupakan salah satu jelmaan fitnah akhir zaman yang menghasilkan kekeliruan demi kekeliruan.

Abdul Mu'izz Muhammad
8 Febuari 2019.

#RYMAgama #RYM

Dalam Kenangan

Al-Fatihah

Genap 4 tahun hari ini 12 Februari 2019 almarhum Tuan Guru Nik Aziz meninggalkan kita. Moga segala ilmu dan kepimpinan yang beliau curahkan memberi manfaat kepad kita semua.

Istiqomahnya beliau bersama jemaah PAS perlu kita semua ikuti.

Moga Allah menermpatkan roh beliau bersama-sama syuhada dan orang-orang beramal soleh.

Rehatlah mu di sana wahai murabbi.

Al-Fatihah



Kenali Tuan Guru Kite

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=292016828133873&id=121541011848123

Professional In PAS

PAS never run out of professional members from the party. Our candidates for last PRU14, were mostly highly educated. Most of them were technocrat with superb background. Either a degree or PhD holders.

PAS is giving their best bet on last GE14. Unfortunately, the sweetness of PH manifestos and slanders has sunken PAS in last GE14.

We will make a comeback in PRU15 with better startegy. InsyaAllah.

.

Friday, February 8, 2019

My Pro Leaders - Walk the Talk

✅ Rangkuman My Pro Leaders 8/2/2019/PM
💼 Walk the Talk.
=====================

⭕📹  Sidang Media Fitnah Sarawak Report: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang: PAS bagi kerjasama kepada SPRM, sila siasat juga dana pembiayaan politik parti-parti lain

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592677854478169?__tn__=-R

⭕ DS TG Abdul Hadi wants MACC to investigate DAP's and PAN's political funds

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592683241144297?__tn__=-R

⭕ PAS buka pintu kepada SPRM

https://www.facebook.com/myproleaders/photos/a.535255120220443/592705854475369/?type=3&theater

⭕ Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi: Duit dari poket sendiri

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592686487810639?__tn__=-R

⭕ Kenyataan Media PAS Pusat: SPRM SILA SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/591962491216372?__tn__=-R

⭕ YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan MB Kelantan berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan anak-anak Kelantan yang sedang menuntut di Madinah. Antaranya beliau memberi penekanan agar pelajar-pelajar turut membuat kajian dalam apa sahaja isu-isu semasa yang bermanfaat untuk agama dan negeri yang akan terus memangkin kerajaan Kelantan demi Membangun Bersama Islam

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592704161142205?__tn__=-R

⭕ YB Ustaz Rosli Abdul Jabar meneruskan rutin menziarahi rakyat

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592690544476900?__tn__=-R

⭕ Mukhtar Suhaili: Gambar kenangan Makan Malam sempena Tahun Baru Cina bersama rakan sekerja. Orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain adalah masyarakat majmuk Malaysia yang hidup aman damai dengan ikatan Kontrak Sosial, Rukun Negara dan Perlembagaan. Bersama pelihara kemakmuran serta kedamaian negara dengan saling menghormati

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592691547810133?__tn__=-R

⭕ Terengganu: Taska Permata YPK Pilihan Terbaik Golongan Pendapatan Rendah

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592429424503012?__tn__=-R

⭕ YB Dr Azman Ibrahim: Saya mempunyai hubungan kerjasama yang sangat akrab dengan jabatan dan agensi di bawah MOA. Malah hubungan G to G saya dengan Menteri MOA juga sangat baik. Semua ini demi kepentingan rakyat atas dasar semangat federalisma

 https://www.facebook.com/myproleaders/photos/a.534922710253684/592379854507969/?type=3&theater

⭕ YPU Terengganu Bantu Pengusaha Denim RDH Kembangkan Bisnes

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592068214539133?__tn__=-R

⭕ KPK PEMACU PELABUHAN KEMAMAN

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/592432994502655?__tn__=-R

⭕ Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling turun meninjau keadaan jalan Kinabatangan-Lahad Datu. Keadaan jalan yang sangat teruk dan membahayakan pengguna jalan raya

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/591721584573796?__tn__=-R

⭕ YB Dr Azman Ibrahim: Tandas yang diviralkan itu ialah tandas lama yang dalam proses nak roboh dan lupus. Kita pun tak pasti apa motif pengunjung tersebut pergi tangkap gambar tandas lama dalam semak untuk viral. Di sini gambar-gambar dan kedudukan tandas baru yang sedia untuk digunakan.

https://www.facebook.com/myproleaders/posts/591991951213426?__tn__=-R
=====================

✅ PAS For All 😊
⭕ Dipersilakan
✅📱 LIKE, SHARE. FOLLOW My Pro Leaders :

⏹ Facebook:
https://www.facebook.com/myproleaders/
🕊 Twitter:
https://twitter.com/MyProleaders

⭕ Sebar-sebarkan info & kebaikan supaya tahu. Terimakasih 😊

Wednesday, February 6, 2019

Kenyataan Media PAS Pusat

SPRM SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB

1. PAS merujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 6 Februari 2019 yang bertajuk SPRM SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB.

2. PAS dengan ini memberi akujanji akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan (yang kami nafikan sepenuhnya) kononnya wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1MDB dikatakan dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

3. PAS juga memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen milik PAS, sekiranya diminta oleh pihak SPRM untuk tujuan siasatan ini, termasuklah Penyata Akaun-akaun Bank PAS Pusat, bagi membuktikan dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB adalah tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata.

4. PAS juga mengalu-alukan dan menggesa mana-mana pihak yang kononnnya mempunyai maklumat tentang dakwaan di atas, dengan penuh tanggungjawab dan integriti, tampil untuk menamakan secara terperinci serta memberikan butiran lanjut mereka yang dikatakan menerima wang tersebut kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat.

5. PAS yakin SPRM sebagai sebuah entiti yang berintegriti akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara profesional dengan mengamalkan ketelusan, sikap bermaruah serta ‘without fear or favour’.

Terima kasih. 

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 06 Februari 2019.



Tuesday, February 5, 2019

Minda Presiden PAS

Minda Presiden PAS

ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK

“PAS membuat keputusan mengikut kajian Majlis Syura Ulama’ dan pelaksanaannya oleh kepimpinan pusat berpandukan Al-Quran dan Sunnah, mendahulukan pendekatan bersama kumpulan Islam di pelbagai lapangan, politik dan lain-lain serta mengadakan tahaluf dan taawun dengan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan umatnya.

PAS membatalkan hubungan dengan pihak yang menunjukkan permusuhan terhadap Islam dan mencabar kepimpinan Islam seperti DAP dan lain-lain. Begitu juga pemimpin dan ahli PAS yang meninggalkan PAS kerana meletakkan perjuangannya di atas konsep yang salah dan sesat, tidak beristiqamah bersama Islam, melarikan diri daripada perjuangan Islam dan menunjukkan sikap wala'nya kepada mereka yang nyata bermusuh terhadap Islam dan umatnya, sehingga segala matlamat menghalalkan segala caranya semata-mata mahu cepat mendapat kuasa dan kedudukan.

Nas-nas Al-Quran, Hadis dan Ijma’ para ulama’ menegaskan bahawa hubungan tahaluf dan taawun bergantung kepada ijtihad yang boleh berubah hukum harus dan haramnya berdasarkan kepada situasi yang berubah dan sikap terhadap syarat-syaratnya yang dipatuhi atau tidak. Adapun haramnya berwala' kepada bukan Islam, adalah nas yang nyata yang tidak diizinkan berijtihad.

Maka lebih haram dan besar akibatnya melantik kepimpinan kerajaan yang berwala' kepada negara asing yang sangat bermusuh terhadap Islam dan penganutnya, serta mendukung falsafah politik pragmatik yang menenggelamkan Islam atau melemahkan kedudukannya.”


Baca lagi:

Monday, February 4, 2019

Gong Xi Fa Cai!

Wishing to all our chinese friends  a Happy Chinese New Year 2019. May you have a properous year ahead.

#islammemimpin


Sunday, February 3, 2019

Kronologi Kes Saman SR

KRONOLOGI KES SAMAN EDITOR SR

21 April 2017: Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown (defendan) di Mahkamah Tinggi London berkaitan laporan yang berunsur fitnah oleh defendan di dalam portal Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016.

2 Ogos 2017: Mahkamah Tinggi London menolak permohonan Clare Rewcastle Brown untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

30 April 2018: Mahkamah Tinggi London menolak penyataan pembelaan oleh Clare Rewcastle Brown (50 muka surat daripada 55 muka surat hujahan defendan), dan menolak permohonan Clare Rewcastle Brown untuk meminda pernyataan pembelaan.

30 April 2018: Mahkamah Tinggi London mengarahkan Clare Rewcastle Brown untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700) kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan menetapkan tarikh 1 hingga 12 April 2019 bagi perbicaraan penuh. 

15 September 2018: Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS memaklumkan di dalam Muktamar Tahunan PAS 2018, sejumlah £355,550 (RM 2,117,870) telah dibayar kepada pihak peguam di London sejak November 2016 hingga Jun 2018, menggunakan hasil sumbangan ahli dan penyokong PAS.

1 Februari 2019: Suatu Perintah Mahkamah (Court Order) telah dimeterai di Mahkamah Tinggi London bagi memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Clare Rewcastle Brown.

Cuba Dengar

https://www.facebook.com/100014634188702/posts/548369498994185/

Pencerahan Kes Saman SR

oleh: Syed Ahmad Fadhli 

PADA tengah hari ini, PAS secara rasminya mengeluarkan kenyataan media yang melaporkan perkembangan terkini kes saman Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown, pemilik web Sarawak Report. 

Sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Mr Justice Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 30 April 2018.

2. Antara intipati kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Ahmad Samsuri, Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah seperti berikut;

a) Mahkamah menolak kenyataan pembelaan "truth defence" Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan.

b) Mahkamah memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700.00) kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

c) Mahkamah dengan rasminya menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare (dengan erti kata lain, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defenden).

d) Clare juga telah secara rasmi meninggal-biarkan (abandoned) permohonannya untuk meminda pembelaan "kebenaran" beliau bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Ustaz Nik Abduh, iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas. Defendan memberi gambaran bahawa beliau akan cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi draf pembelaan berkenaan rakaman audio – di mana ini adalah cubaan ketiga bagi pembelaan "kebenaran" nya.

e) Hakim juga menolak cubaan memperlewatkan oleh defendan bagi memohon perintah Mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Dato Seri Tuan Guru.

f) Pasukan Peguam Tuan Guru menolak cadangan ini, yang dilihat hanyalah sebagai cubaan Defendan untuk lari dari membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan.Defendan juga diarahkan untuk membatalkan cubaannya untuk menolak tuntutan Tuan Guru berkaitan persoalan rujukan.

h) Perkembangan positif ini menggambarkan bibit-bibit kekalahan bagi Defendan. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk Defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Tuan Guru yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

i) Walaupun berdepan dengan kelewatan perkembangan kes ini, Dato’ Seri Tuan Guru berpuashati, bahawa semalam Hakim telah mengambil langkah tegas pengurusan kes dan menentukan tarikh yang tetap, iaitu perbicaraan yang akan diadakan pada awal April 2019.

3) Berpandukan kenyataan rasmi PAS ini, maka secara terang lagi nyata cereka fitnah jahat Sarawak Report telah hancur musnah. Hampir keseluruhan hujjah pembelaan yang dikemukakan oleh Clare telah ditolak oleh mahkamah semalam.

Manakan tidak, sesiapa sahaja pasti geli hati apabila membaca hujjah pembelaan "truth defence" yang dikemukakan oleh Clare itu kerana ia hanyalah cerita omongan tahyul.

Apa kaitan sejarah penubuhan 1MDB dengan Tuan Guru Presiden PAS? 
Apa kaitan kes liwat Anwar dengan Tuan Guru Presiden PAS? 
Apa kaitan kes pembunuhan Altantuya dengan Tuan Guru Presiden PAS? 
Apa kaitan kes pembelian kapal selam Scorpene dengan Tuan Guru Presiden PAS? 
Daripada 55 mukasurat hujjah defence Clare, 50 mukasurat telah ditolak oleh mahkamah.

4) Selain itu, hujjah pembelaan Clare yang menyenaraikan kononnya bukti kemewahan pemimpin PAS turut ditolak oleh mahkamah. Ustaz Khalil Abdul Hadi yang bergambar dengan motosikal besar BMW milik orang lain pun dijadikan bukti oleh Clare. Lawak betul kan?

Clare turut menuduh Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Mohd Amar, Ustaz Nasrudin, Ustaz Dato' Dr Khairuddin, Ustaz Nik Zawawi, Ustaz Nik Abduh, Dr Samsuri, Dato' Takiyuddin memiliki kemewahan luar biasa.Malang sungguh si Clare ini, kesemua tuduhan jahat ini turut ditolak oleh mahkamah.

5) Khusus kepada pencinta FB Page Ana Tahu pula, Clare sendiri secara sukarela telah menarik kembali permohonan untuk mengemukakan audio palsu suara Ustaz Nik Abduh sebagai bahan bukti pembelaan Clare. Oh, baru ini galak sungguh kononnya audio itu sedang dianalisis di makmal forensik untuk dijadikan bukti. Rupa-rupanya kecundang di tengah jalan. Sungguh memalukan.

6) Selain itu, permohonan "counter-claim" Sarawak Report terhadap Tuan Guru Presiden PAS pula ditolak oleh mahkamah.Clare menuduh PAS telah membuat gangguan terhadap Ambiga yang merupakan sumber info kepada Clare. Permohonan Clare ini dtolak oleh mahkamah. 
Ambiga sepatutnya malu muka kerana dialah antara individu yang menyalurkan informasi palsu dan fitnah terhadap PAS. Ambiga ini sedang giat berkempen bagi pihak Pakatan Harapan.

7) Perbicaraan penuh kes saman ini akan diadakan pada awal April 2019. Percubaan Clare untuk membatalkan saman ini sudah ditolak oleh mahkamah. Dia juga cuba untuk melengahkan perbicaraan ini dengan memohon perbicaraan berasingan bagi menentukan "reference" iaitu apakah maksud "top echelon" yang ditulis di dalam artikel asal yang diterbitkan dalam web Sarawak Report pada tahun 2015 dahulu?Dia mahu menafikan tuduhan fitnah itu ditujukan khusus kepada Tuan Guru Presiden PAS tetapi bermaksud kepada seluruh kepimpinan PAS daripada PAS Pusat sehinggalah ke PAS negeri, kawasan dan cawangan. Clare ini menyangka kita orang Melayu tak faham kot maksud perkataan "top"?

8) Kepada sekalian pendukung dan penyokong PH, berapa lama lagi kamu mahu berpaut kepada modal fitnah jahat sebegini?Dahulu, PH juga yang cabar Tuan Guru Abdul Hadi kemukakan saman.
Kini, Tuan Guru Abdul Hadi sudah pun kemukakan saman.Demi mempertahan maruah dan imej parti, PAS sanggup ke London bagi menyaman si Claire yang pengecut ini.PH dan Sarawak Report memfitnah lagi, katanya saman ini konspirasi dengan Najib dan ditaja dananya oleh Umno.

9) Sungguh jahat. Menipu dan terus menipu. Memfitnah dan terus memfitnah. PAS bukannya parti kaya yang ditaja oleh tauke besar di belakang tabir.Duit PAS ini datangnya daripada sekalian ahli dan penyokong PAS yang sukarela menderma bagi sama-sama menampung kos guaman.Firma guaman Carter Ruck, peguam yang mewakili Tuan Guru di London itu bukannya calang-calang. Bahkan, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas turut menganggotai panel guaman PAS di Malaysia ini.

10) Jelas, bagaikan "crystal clear" ini bukti keseriusan PAS dalam menentang fitnah dan menjaga nama baik parti yang memperjuangkan Islam. Pada akhirnya, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim menyeru kepada semua pihak agar berhentilah mengamalkan politik fitnah dan jahat sebegini. Kita tidak tahu betapa peritnya menjadi mangsa fitnah yang tidak henti-henti sepertimana yang sedang ditanggung oleh Tuan Guru Presiden PAS. Kepada Pakatan Harapan sekiranya masih tidak serik dan berdegil mahu terus menjaja modal ini, sebaiknya ditukarlah nama itu kepada Pakatan Fitnah.

Syed Ahmad Fadhli  ialah Pegawai Pusat Penyelidikan PAS

Saturday, February 2, 2019

Catatan Dhuha


#islamemimpin

Pesta Pongal - Garis Panduan

GARIS PANDUAN BAGI MERAIKAN PESTA PONGAL
MENURUT PRINSIP FIQH AL-TA’AYUSH

Disediakan oleh:
Imran bin Selamat
(Ketua Lajnah Kajian dan Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor)

Merujuk kepada hukum menghadiri dan turut serta dalam pesta Pongal, pihak kami terpanggil untuk mengeluarkan garis panduan berikutan dari persoalan yang diajukan kepada kami oleh para penggiat parti khususnya di negeri Selangor. 

Perkara yang telah difahami dan menjadi amalan bagi ahli PAS ialah hanya menghadiri perayaan atau sambutan yang berbentuk kebudayaan dan tidak menghadiri sebarang perayaan berunsur keagamaan terutamanya upacara peribadatan kecuali majlis keraian umum seperti jamuan dan seumpamanya. 

Pongal adalah termasuk perayaan yang mempunyai unsur keagamaan 

Kami telah meneliti artikel yang dikeluarkan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk Al-Afkar #39: Muslim Menyertai Pesta Pongal (1). Kami bersetuju bahawa perayaan ini masih mempunyai unsur-unsur keagamaan sebagaimana sambutannya di Malaysia yang menyebabkan timbul kesamaran bagi umat Islam untuk terlibat dan turut serta dalam upacara yang berkaitan dengannya. 

Terdapat larangan terhadap umat Islam untuk menyertainya selari dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 pada 18-19 April 2017 (2) dan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2011 telah bersidang pada 15 – 17 Mei 2011M (3). 

Syarat-syarat orang Islam menghadiri majlis perayaan agama lain

Kami juga meneliti Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. (4)

Muzakarah ini antara lain mengharuskan orang Islam untuk menghadiri dan turut serta dalam majlis-majlis perayaan agama lain sekiranya: 

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah  Islam. 

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. 

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.    
 
Jika dilihat secara tersiratnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam bersetuju membenarkan orang Islam menghadiri perayaan hari kebesaran agama lain tetapi mestilah berhati-hati dan mendapat nasihat para alim ulama sekiranya terdapat perkara-perkara yang meragukan sebelum hadir ke majlis tersebut. (5)

Keperluan menjaga hubungan dengan bukan Islam berdasarkan prinsip Fiqh al-Ta’ayush
Kalimah fiqh al-ta’ayush merujuk kepada suatu ilmu mengenai hukum hakam Syarak berkaitan tatacara kehidupan bersama antara golongan Islam dan bukan Islam dalam keadaan harmoni dan aman berdasarkan kepada hubungan yang wujud pada zaman kontemporari (6).

Kami juga menyedari realiti bahawa kewujudan bersama (co-existence) golongan Islam dan bukan Islam dalam masyarakat Malaysia memerlukan kita menjalani kehidupan dengan saling menghormati kepercayaan masing-masing dalam masa yang sama tidak menjejaskan prinsip semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik. 

Oleh yang demikian, kami menyarankan agar semua ahli dan penyokong PAS dapat mengambil manfaat daripada garis panduan ini.   

Garis panduan bagi pemimpin, ahli dan aktivis PAS
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dijadikan sebagai rujukan dan panduan:

1. Bagi menghadiri majlis atau upacara yang mengandungi unsur-unsur peribadatan, pemujaan atau ritual keagamaan dalam sambutan Pongal, maka adalah lebih sesuai diwakilkan kepada ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). 

2. Ahli-ahli PAS dan pemimpin masyarakat yang beragama Islam dibolehkan menghadiri jemputan majlis jamuan dan seumpamanya dengan bertujuan untuk beramah mesra bersama kaum India yang menyambut pesta Pongal. 

3. Keharusan ini sekiranya majlis tersebut diadakan di rumah, tempat awam, dewan, padang atau khemah dan bukannya dalam rumah ibadat ketika upacara keagamaan berlangsung. 

4. Tidak menjadi kesalahan untuk menyampaikan ucapan yang sesuai dengan suasana majlis dan bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda mengeratkan hubungan kemasyarakatan. 

5. Dibolehkan memakan Nasi Susu (Sakkarai Pongal) sebagaimana harus hukumnya memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh bukan muslim (selain ahli kitab) seperti susu, sayur-sayuran, buah-buahan dan segala macam jenis makanan yang lain kecuali haiwan sembelihan.

6. Anggota Jabatan Amal yang bertugas mengawal lalu lintas dan membantu kelancaran majlis tidak dianggap bersubahat dengan perbuatan ibadat agama lain, sebaliknya yang demikian itu adalah termasuk kerja-kerja kemasyarakatan yang membawa kemaslahatan umum.
 
7. Sebarang peruntukan kewangan atau sumbangan daripada mana-mana pemimpin Islam hendaklah dihulurkan untuk menampung kos-kos berkaitan jamuan, cenderahati, sewaan dan lain-lain yang tiada kaitan dengan peribadatan. 

Dengan ini, kami berharap garis panduan ini dapat memberikan pencerahan dan pemurnian atas persoalan-persoalan yang timbul berhubung keterlibatan ahli-ahli PAS dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam perayaan agama lain khususnya pesta Pongal.

Wallahu’alam

Nota hujung:
(5) Mohd Rus bin Yunus, Zulfagar bin Mamat (2007), Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam Menurut Perspektif Islam, Jurnal Penyelidikan Islam (JAKIM), Vol.20, hal.93. 
(6) Al-Bakri, Zulkifli bin Mohamad (Dr.), Mufti Wilayah Persekutuan. 

Kredit kepada Utaz Imran Selamat.

Kes Saman SR

Isu perintah persetujuan Sarawak Report

Harakahdaily | 2 Februari 2019

HARI ini hampir semua ahli PAS tergamam menerima berita kes Sarawak Report telah diselesaikan di luar Mahkamah melalui Perintah Persetujuan. Di saat ada ahli yang menjual barangan peribadi untuk menyumbang kos guaman kes ini, keputusan TGHH ini adalah sesuatu yang mengejutkan akal manusia rasional.

Sebagai orang yang mempunyai latar belakang undang-undang dan mengikuti dengan dekat kes ini, saya juga pernah terdetik bahawa PAS patut menyelesaikan kes ini di luar mahkamah. Namun sebagai ahli PAS yang memahami keputusan Presiden pastinya akan melalui syura dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada orang yang lebih berkelayakan, saya diamkan sahaja.

Apabila mendapat tahu keputusan TGHH hari ini, walaupun tertanya-tanya, tetap terselit perasaan gembira. Setakat pengetahuan saya mengenai perjalanan kes ini, terdapat beberapa sebab saya rasakan keputusan ini bukan sahaja mengambil kira kalah menang kes tetapi kepentingan PAS dan ahlinya untuk masa panjang.

Pada pendapat saya, PAS sudah pun mencapai matlamat dengan kemenangan interlokutori April tahun lepas. PAS mendapat keputusan cemerlang dengan memenangi 4 permohonan dan menolak 1 permohonan Clare. Permohonan-permohonan tersebut bukan sahaja membabitkan persoalan teknikal tapi turut memberi kesan terhadap isu-isu subsantif. Sekalipun kes ini diteruskan, ianya tidak lagi mempunyai kesan yang diperlukan kepada Plaintiff melainkan lebih kepada perbincangan akademik.

Sekiranya PAS menang, kuantum ganti rugi juga akan menjadi sangat sikit. Hal ini kerana kemenangan PAS dalam PRU lepas sehingga menguasai 2 negeri memberi gambaran kepada Mahkamah seolah-olah artikel itu tidak menjejaskan reputasi atau memberi kesan kepada PAS.

Dari sudut implikasi kewangan, semua orang maklum PAS tidak mampu membayar sendiri dan bergelut untuk menjelaskan kos guaman. Kos yang berjuta-juta sebelum ini hanya melibatkan perbicaraan interlokutori dan persediaan perbicaraan penuh, kos yang berganda besar sudah pasti diperlukan untuk perbicaraan yang akan melibatkan ramai saksi dan memakan banyak hari.

Tambahan pula, semua ahli maklum TGHH tidak berada dalam kondisi kesihatan yang baik untuk diletakkan ke dalam kandang saksi dan melalui pemeriksaan balas yang intensif dan mungkin memakan masa banyak hari.

Atas semua kemungkinan pertimbangan apa yang kita sudah dapat, apa yang kita akan tanggung dan apa yang kita akan dapat, saya rasa memang tidak berbaloi untuk kes ini diteruskan sehingga ke perbicaraan. Hakikatnya, PAS sudahpun dapat apa yang diperlukan ketika menang perbicaraan interlokutori.

UMMU MARWA
2 Februari 2019

Malu Apa Bo55ku

Yang mencari kebenaran...

https://www.facebook.com/100004487473885/posts/1120123724813866/

Kes Saman Sarawak Report.

Sabar. Keputusan tersebut ada hikmahnya.


https://www.facebook.com/100010945897255/posts/808982116143311/

Friday, February 1, 2019

Uncle Kentang Ni Layak Jadi Menteri

Layak jadi menteri perpaduan. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=619507031830086&id=456594574788000

Edisi Throwback Sebelum PRU14

Internet tidak pernah lupa. Dan moga kita juga tidak menjadi rakyat yang pelupa.

Kerajaan hari ini (dia dan geng dalam video tu la) dengan tegas menyatakan AES tidak akan dihapuskan malah ditambah lagi kamera AES yang baru. 

Jika dulu kos masa kerajaan lama, kos pemasangan sebuah kamera berharga RM175k, hari ni kerajaan baru nak tambah kamera dengan kos RM200k sebuah. Lagi murah kan...kan..kan..

Oh yea...lupa pula..RM kan jatuh tak naik-naik lagi. Tu yang mahal tu kan...kan...kan....


PRK Semenyih tak lama je lagi. Harap orang semenyih tidak lupa.

https://www.facebook.com/100013540865991/posts/597702807357743/

Belasungkawa