KRONOLOGI KES SAMAN EDITOR SR
21 April 2017: Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown (defendan) di Mahkamah Tinggi London berkaitan laporan yang berunsur fitnah oleh defendan di dalam portal Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016.
2 Ogos 2017: Mahkamah Tinggi London menolak permohonan Clare Rewcastle Brown untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
30 April 2018: Mahkamah Tinggi London menolak penyataan pembelaan oleh Clare Rewcastle Brown (50 muka surat daripada 55 muka surat hujahan defendan), dan menolak permohonan Clare Rewcastle Brown untuk meminda pernyataan pembelaan.
30 April 2018: Mahkamah Tinggi London mengarahkan Clare Rewcastle Brown untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700) kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dan menetapkan tarikh 1 hingga 12 April 2019 bagi perbicaraan penuh.
15 September 2018: Dato’ Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS memaklumkan di dalam Muktamar Tahunan PAS 2018, sejumlah £355,550 (RM 2,117,870) telah dibayar kepada pihak peguam di London sejak November 2016 hingga Jun 2018, menggunakan hasil sumbangan ahli dan penyokong PAS.
1 Februari 2019: Suatu Perintah Mahkamah (Court Order) telah dimeterai di Mahkamah Tinggi London bagi memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Clare Rewcastle Brown.
No comments:
Post a Comment