Saturday, March 30, 2019

Ceramah Penerangan

❗❗JOM BERSAMA-SAMA DENGAN PAS AMPANG, 5HB APRIL INI❗❗

CERAMAH PENERANGAN☕
PAS TERIMA 90JUTA DARI UMNO?

📜 Masih keliru dengan isu 90juta?

Jom kita sama-sama dengarkan dari kedua-dua pihak.  Benarkah PAS terima 90juta dari UMNO? Fakta atau auta?

✨ Siaran langsung di page facebook PAS  Ampang https://www.facebook.com/pg/PASKawAmpang/posts/

🗓 5 April 2019, Jumaat
⏰  9:00 Malam
📍 Depan Fatimah Ghous Lembah Jaya

👥 Penceramah 1: YB Datuk Md Alwi bin Hj Che Ahmad
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

👥 Penceramah 2: Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor

Anjuran bersama:
📌PAS dan UMNO Parlimen Ampang

#islammemimpin
#kesatuanummah
#sejahterabersamaislam





Jazakallahu khairan

Apa itu jazakallahu khairan?

Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan dari sahabat sahabat kita. Tapi yang menyebut tidak merasa apa-apa dan yang menerima ucapan pun tidak dapat menghayatinya hingga ke hati.

Ada yang merasakan bait jazakallahu khairan itu sama seperti ucapan terima kasih dan TQ semata. Namun sebenarnya amatlah besar maknanya kalimat itu!

Bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: "Apabila ada seorang mengucapkan kepada saudaranya Jazaakallahu khairan, maka sungguh dia telah sangat menyanjung mu (sangat berterima kasih kepadamu kerana dia menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas kebaikanmu).”

Jazaakallahu khairan adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan disisi Allah SWT. 

Jazaakallahu khairan juga artinya semoga Allah SWT menganugerah kan kepada kamu syurgaNya. Menganugerahkan  kamu kenikmatan kelak di syurga. Menyelamatkan kamu dari neraka jahanam. Memberikan hidayah untukmu di atas Siraatal Mustaqim. Melindungi kamu dari syaithan yang terkutuk. Memberikan kamu rezeki yang penuh barkah. Menjadi kan kamu selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat. Menjadikan kamu senantiasa mengikuti sunnah NabiNya.

Berkata Sayyidina Umar bin Khattab “Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan Jazaakallahu khairan, nescaya ia akan memperbanyak untuk mengucapkannya antara satu sama lain." 

Jazaakallahu Khairan 👍🏻🤝

Tuesday, March 19, 2019

Dewan Ulamak Negeri Selangor Mengecam DAP

https://www.facebook.com/462597187146367/posts/2645767848829279?sfns=mo

DAP Anti Islam

[PANAS] DAP Anti Islam: Fitnah Atau Hakikat.?

Suhu di dalam Dewan Rakyat rupanya panas sehingga ke petang walaupun hujan lebat turun membasahi ibu kota Kuala Lumpur tadi.

Bagaikan cacing kepanasan, tatkala perkataan Terowong dan Banglo disebut pasti akan ada Ahli Parlimen PH khususnya DAP yang akan menggelupur. 

Kemuncaknya pada petang tadi ketika penghujung ucapan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa, YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary yang secara lantang dan tegas mendakwa DAP adalah anti Islam. 

Kenyataan beliau ini membuatkan ramai Ahli Parlimen DAP yang bangun mendesak kenyataan tersebut ditarik-balik.
Walaupun asakan demi asakan dibuat, YB Ustaz Ahmad Marzuk tetap tegas mempertahankan kenyataannya sambil  berkata;

"Cuma, satu perkataan yang saya nak tanya kepada DAP dan sebut secara jujur dalam Parlimen ini.
Adakah DAP bersetuju dengan agenda yang PAS bawa untuk menegakkan hukum dan syariat Islam dalam negara kita.?
Kalau DAP tidak setuju dengan hukum Islam, sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat sebelum pada ini.

Kalau tak setuju dengan Islam, maknanya anti kepada Islam. 
Apa yang nak ditarik balik.?
Memang betul kenyataan, anti kepada Islam.

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada apa yang perlu ditarik balik.
Memang, saya ulangi DAP anti kepada Islam. 
Saya tidak akan tarik balik. 
Memang anti kepada Islam, tidak suka kepada Islam, tidak suka kepada hukum Islam.
Memang itu kerja DAP.
Tolong jawab soalan saya, "

Kita nantikan sesi persidangan pagi esok adakah YB PAS Pengkalan Chepa ini akan dikenakan tindakan kerana menghina parti DAP yang menjadi peneraju utama Kerajaan Harapan Palsu ini..?
Inikan Malaysia Baru versi PH.
Mereka boleh kritik, kecam dan fitnah PAS dengan 1001 cereka palsu. 

Namun, apabila PH pula dikritik dan ditegur maka bersiap sedialah menanti hukuman dikenakan.

Syed Ahmad Fadhli

Belasungkawa