Wednesday, January 29, 2020

Bila Murabbi Ummah Bicara





Demokrasi Hanya Alat Bukan Maltlamat

Demokrasi Hanya Alat Bukan Maltlamat

Saat ini seluruh dunia sedang tertumpu pada perbicaraan salah guna kuasa dan menghalang tugas Kongres oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump di Senat Amerika Syarikat. Dengan Senat Amerika Syarikat dikuasai oleh parti Republikan, ramai penganalisa politik antarabangsa berpendapat bahawa Senat akan berpihak kepada Donald Trump untuk tidak mensabitkan sebarang kesalahan walaupun terdapat pelbagai bukti salahguna kuasa.

Tumpuan dunia terhadap perbicaraan tersebut adalah kerana Donald Trump dan polisi Amerika Syarikat di seluruh dunia samada sekarang mahupun akan datang memandangkan Amerika Syarikat adalah kuasa besar dunia yang mengolah geopolitik dunia sejak sekian lama melalui apa yang dijuarainya iaitu demokrasi. Skandal Ukraine yang menjadi tumpuan perbicaraan ini telah mencacatkan demokrasi yang dijuarai oleh Amerika Syarikat memandangkan Donald Trump menggunakan polisi luar Amerika Syarikat dan demokrasi itu sendiri untuk kepentingan peribadinya.

Melihat kepada sejarah Amerika Syarikat selepas perang dunia kedua baik siapa pun Presidennya dan dari parti mana sekalipun, campurtangan mereka ke atas mana-mana negara yang menguntungkan Amerika Syarikat akan digunakan sepenuhnya dan dimanfaatkan untuk kepentingan startegik mereka. Vietnam, Afghanistan dan Iraq adalah contoh jelas campurtangan Amerika Syarikat dan menggunakan demokrasi untuk menghalalkannya.

Namun nasib tidak menyebelahi Donald Trump. Perseteruan yang tegang diantara parti Demokrat dan Republikan terutamanya selepas Donald Trump dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat dan pilihanraya Presiden yang akan berlangsung tidak lama lagi menjadi sebab utama kepada pertuduhan Kongres terhadap Donald Trump. Saya percaya jika tiada sebab diatas, mungkin pertuduhan dan perbicaraan tidak akan berlaku memandangkan memang sudah menjadi amalan Amerika Syarikat dalam polisi luarnya untuk campurtangan dalam hal ehwal mana negara sekalipun.

Melihat kepada keadaan semasa samada di Amerika Syarikat sendiri mahupun seluruh dunia, demokrasi yang disanjung dan diangkat oleh Amerika Syarikat selama ini sebenarnya sedang menuju kehancuran sebagaimana yang berlaku kepada ideologi komunisme satu ketika dahulu. Bukan kerana dunia sudah tidak mempercayainya tetapi peneraju utamanya iaitu Amerika Syarikat dan barat secara jelas dimata dunia mempergunakannya untuk kepentingan mereka semata-mata.

Seluruh dunia melihat perbicaraan Donald Trump hanyalah sebagai salah satu daripada makenisma “ check and balance “ dalam sistem demokrasi namun sebenarnya baik perbicaraan di Kongres beberapa minggu lalu dan di Senat saat ini banyak membuka mata pelbagai pihak di seluruh dunia terhadap apa yang sebenarnya tersirat dalam agenda demokrasi Amerika Syarikat yang disebarkan ke seluruh dunia dan matlamatnya terutamanya ke atas Dunia Islam. 

Mungkin ramai yang tidak begitu peka mahupun berminat untuk melihat proses perbicaraan tersebut namun pendedahan demi pendedahan yang berlaku ketika proses ini banyak membuktikan bahawa demokrasi sebenarnya digunakan oleh Amerika Syarikat dan barat untuk melemahkan mahupun memecahbelahkan geopolitik dunia yang belum dikuasainya termasuk Dunia Islam. Adapun apabila telah menguasai, demokrasi digunakan oleh Amerika Syarikat dan barat untuk menguatkan cengkaman dan menekan seteru mahupun sekutunya.

Perbicaraan tersebut berkisar tentang cubaan Donald Trump untuk memaksa Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengisytiharkan siasatan ke atas Joe Biden, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan anaknya Hunter Biden, yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Burisma, syarikat minyak dan gas Ukriane ketika Joe Biden masih lagi menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat. Ukraine setiap tahun menerima bantuan daripada Amerika Syarikat bernilai ratusan juta dolar namun untuk menerima bantuan tersebut tahun lalu, Donald Trump menetapkan syarat bahawa siasatan harus diumumkan walaupun tuduhan tersebut telah disiasat dan tidak terdapat sebarang salahguna kuasa.

Dorongan tindakan Donald Trump adalah disebabkan Joe Biden mampu menewaskan Donald Trump dan menang dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada November 2020 jika menjadi calon parti Demokrat. Akan tetapi topik utamanya bukan tindakan Donald Trump ketika ini namun sebenarnya ialah tindak tanduk Amerika Syarikat dan barat dalam menguasai geopolitik dunia sejak perang dunia pertama iaitu menggunakan demokrasi untuk menguasai dunia dan menekan mana – mana negara yang tidak mahu menurutinya dengan pelbagai cara.

Itulah sebenarnya yang terbongkar dalam perbicaraan ini. Perkara tersebut diakui oleh Mick Mulvaney, Ketua Staf Rumah Putih ketika disoal oleh wartawan dalam satu sidang media di Rumah Putih dengan mengatakan bahawa tindakan Donald Trump berkenaan skandal Ukraine adalah tidak salah kerana sudah menjadi amalan setiap Presiden Amerika Syarikat dalam setiap polisi luarnya dalam usaha untuk mengekalkan statusnya mahupun Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia dan kuasa tunggal geopolitik dunia.

Perang Tidak Mampu Menakluk Dunia.

Selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyah pada 1922, Dunia Islam kelihatan terumbang – ambing dalam geopolitik dunia. Satu demi satu Dunia Islam telah hanyut dalam mencari pedoman untuk menempuh dunia yang mencabar. Khalifah Uthmaniyah yang sebelum itu menjadi tonggak kepada Dunia Islam telah lenyap akibat perancangan licik barat sebelum bermulanya perang dunia pertama. Berlin Conference pada tahun 1884-1885 menjadi titik pemulaan Khalifah Uthmaiyah mula dipecahkan sebelum lenyap selama-lamanya.

Selepas tamat perang dunia pertama dan lenyap Khalifah Uthmaniyah, barat perlahan – lahan memulakan perancangan licik untuk melemahkan Dunia Islam. Satu persatu negara Dunia Islam jatuh ke tangan barat samada melalui peperangan mahupun agenda demokrasi mereka. Namun kebangkitan Jerman dan Hitler menawan negara – negara utama Eropah, mengancam tonggak dunia barat seperti British dan Amerika Syarikat serta Jepun yang mula mendominasi Asia ketika itu membantutkan agenda barat terutamanya Amerika Syarikat untuk mendominasi dunia.

Terdapat juga negara – negara Dunia Islam ketika itu yang bangun menentang agenda barat seperti Libya, Afghanistan, Iraq dan beberapa negara lagi. Akibatnya tercetuslah perang dunia kedua yang telah memporak-perandakan dunia. Sebenarnya disamping memerangi Jerman, Jepun dan sekutunya ketika perang dunia kedua, barat mengambil peluang daripada perang tersebut untuk memecahbelahkan Dunia Islam serta membahagikannya sesama mereka untuk kepentingan masing-masing. Namun apa yang mereka pelajari daripada perang tersebut, Dunia Islam sukar dijatuhkan malah ditawan apabila berperang.

Lalu selepas perang dunia kedua dan berjaya menundukkan musuh mereka, barat mula menolak ke depan agenda demokrasi untuk mencapai matlamat mereka iaitu menguasai dunia dan mengawal serta mendominasi Dunia Islam. Dunia Islam ketika itu tercari – cari nakhoda selepas lenyap Khalifah Utmaniyah mula terpedaya dengan agenda demokrasi barat yang digambarkan sebagai naratif baru untuk dunia dalam mencapai keharmonian, kesaksamaan dan untuk masa depan yang lebih terjamin. Amerika Syarikat yang menjadi peneraju tentera perikatan dan barat ketika perang dunia kedua menjadi kuasa baru dunia dan membawa agenda demokrasi yang menjadi ikutan seluruh dunia.

Namun sebenarnya agenda demokrasi yang dibawa barat terutamanya Amerika Syarikat hanyalah bayang-bayang agenda sebenar mereka iaitu untuk menguasai Dunia Islam yang kaya dengan pelbagai hasil bumi dan berkedudukan strategik di seluruh dunia untuk kepentingan mereka. Ia juga adalah salah satu keadah untuk melemahkan Dunia Islam disamping menjauhkan Dunia Islam dan umatnya daripada ajaran Islam yang sebenar. Apa yang dipelajari terdahulu dan selepas perang dunia kedua, natijahnya jika hendak menundukkan negara Dunia Islam dan umatnya, hendaklah dipisahkan ajaran Islam daripada kehidupan umat Islam.

Maka itulah acuan sebenar demokrasi yang dibawa oleh Amerika Syarikat dan barat. Selain daripada menggunakannya untuk menguasai dunia, ia juga bermatlamat untuk menundukkan Dunia Islam dan umatnya agar tunduk sehingga mampu dikawal oleh mereka. Maka atas nama demokrasi, selepas perang dunia kedua muncullah Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu ( PBB ), Bank Dunia, NATO, IMF dan pelbagai agensi lagi. Walau dari satu sudut ia nampak sangat bermanfaat bagi kesemua negara – negara di dunia namun jika diperhalusi dan diteliti, kesemua badan – badan terbabit dikawal oleh barat terutama Amerika Syarikat dan sekutunya.

Oleh itu apa yang kita lihat hari ini, badan – badan tersebut sebenarnya adalah kesinambungan daripada agenda dan polisi luar barat terutamanya Amerika Syarikat. Selain daripada Amerika Syarikat dan sekutunya mengawal serta mendominasi polisi luar dan geopolitik antarabangsa mereka sendiri, badan – badan antarabangsa tersebut adalah projek polisi luar dan geopolitik dunia mereka di atas nama demokrasi untuk mendominasi dunia.

Agensi Dunia Pelengkap Polisi Dan Dominasi Barat.

Atas nama demokrasi, kesaksamaan dan keamanan dunia, di tubuhkan pelbagai agensi dan badan untuk kesejahteraan dunia. Sebagai contoh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu ( PBB ) adalah badan induk yang mewakili kepentingan setiap negara di seluruh dunia. Ia adalah salah satu konsep demokrasi yang diterima pakai oleh setiap negara ketika badan tersebut ditubuhkan untuk kepentingan setiap negara. 

Pada awalnya sambutan dan sokongan terhadap PBB oleh setiap negara cukup memberangsangkan kerana amalan demokrasinya namun saat ini banyak negara menyuarakan kebimbangan PBB hanyalah platform dan agenda negara – negara tertentu untuk mencapai matlamatnya. Harus menjadi persoalan, negara manakah yang mencadang dan merangka PBB dan agenda ketika penubuhannnya, negara manakah yang begitu berkuasa di PBB dan negara manakah yang kerap kali melanggar resolusi dan keputusan PBB ? 

Jawapannya jelas Amerika Syarikat dan sekutunya dari barat seperti Britain. Contoh yang paling jelas ialah isu berkaitan Israel. Sudah berpuluh resolusi dilanggar Israel berkenaan isu Palestin namun apabila dibawa ke Majlis Keselamatan PBB untuk dimuktamad keputusan untuk diambil tindakan, Amerika Syarikat adalah negara pertama yang akan veto resolusi tersebut. Ia adalah pengkhianatan jelas Amerika Syarikat terhadap demokrasi yang dijajanya sebagai kaedah terbaik mentadbir dunia.

Terbaru pada Disember 2017 apabila PBB pada perhimpunan agungnya meluluskan satu resolusi  yang menuntut Donald Trump dan Amerika Syarikat supaya menarik balik pengisytiharan Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Israel. Namun Amerika Syarikat tidak memperdulikannya malah Donald Trump dengan angkuh mengugut akan mengambil tindakan dan menyekat bantuan kewangan kepada negara – negara yang menyokong resolusi tersebut.

Malah sebelum resolusi tersebut dibawa ke perhimpunan agung PBB, resolusi yang sama dibawa ke Majlis Keselamatan PBB untuk diambil tindakan dan Amerika Syarikat bertindak menghalang resolusi tersebut dengan menggunakan kuasa veto yang ada padanya. Duta Amerika Syarikat ke PBB Nikki Haley dalam ucapannya selepas resolusi tersebut diluluskan Perhimpunan Agung PBB mengatakan bahawa Amerika Syarikat akan mengingati hari tersebut dan setiap negara yang mengundi menyokong resolusi tersebut.

Paling buruk ialah apabila Amerika Syarikat menyerang dan menawan Iraq pada 2003 ketika George W. Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat. Amerika Syarikat dan sekutunya bukan sahaja membelakangkan dunia dengan tindakannya malah langsung tidak memperdulikan PBB yang sepatutnya menjadi badan yang membuat keputusan ke atas Iraq. Selepas Iraq musnah dan senjata pemusnah ( WMD ) yang dicanang oleh Amerika Syarikat langsung tidak ditemui sehingga hari ini, Iraq seperi tidak mampu bangkit kembali kepada keadaan sebelumnya.

Selepas Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat, polisi luar Amerika Syarikat kelihatan lebih radikal dan ekstrem dari sebelumnya dan menghuru-harakan geopolitik dunia.Boleh dikatakan di setiap sudut dunia, polisi Amerika Syarikat mengundang konfrantasi seperti di Iraq, Iran, Libya, Afghanistan, Hong Kong, Taiwan, Venezuela, Cuba, Mexico, Greenland, Denmark, Perancis, China dan banyak negara lagi. Namun kali ini baik Donald Trump mahupun Amerika Syarikat tidak lagi menggunakan badan – badan dunia terbabit tetapi secara terang – terangan bertindak bersendirian.

Polisi – polisi luarnya lebih kepada campurtangan Amerika Syarikat terhadap negara – negara yang tidak mahu tunduk pada desakan atau menuruti kehendaknnya. Dikenakan sekatan ekonomi dan perdagangan, dibekukan aset negara dan pemimpin, larangan perjalanan dan pelbagai lagi tindakan dan ancaman. Ramai yang akan tertanya mengapa skandal Ukraine merencatkan polisi Donald Trump dan campurtangan Amerika Syarikat sehingga Donald Trump dibicarakan di Senat yang boleh menyebabkan beliau kehilangan jawatan. Ia adalah kerana pertembungan politik dalaman Amerika Syarikat diantara parti Demokrat dan Republikan untuk pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, tidak lebih dari itu. Ia tidak bermakna juga Demokrat tidak bersetuju dengan polisi campurtangan Donald Trump di Ukraine.

Jika dinilai kembali campurtangan Amerika Syarikat di negara – negara yang disebutkan tadi, demokrasi menjadi tajuk dan asas utama campurtangan tersebut. Apabila diperhalusi kembali adakah benar Amerika Syarikat memperjuangkan demokrasi yang diagungkannya, jawapannya tidak. Demokrasi adalah alat untuk Amerika Syarikat dan sekutu baratnya untuk menguasai dunia.

Dunia Islam Harus Sedar Sebelum Terlambat.

Sebelum Dunia Islam lenyap ditelan zaman, umat Islam dan pendokong gerakan Islam harus memperbetulkan keadaan sebelum keadaan menjadi kelam. Dunia dan umat islam temasuk juga gerakan Islam usah menjadi tali barut mahupun tangan – tangan ghaib kepada musuh Islam untuk menjatuhkan sesama sendiri. Apa yang berlaku hari ini kepada Dunia Islam adalah petanda jelas bahawa Dunia Islam sudah terpedaya.

Dalam memperkatakan demokrasi yang dibawa oleh barat bertujuan untuk melemahkan Dunia Islam, tidak dinafikan ia juga bermanfaat untuk digunapakai demi kepentingan Dunia Islam. Walaupun terdapat kelemahan dalam sistem demokrasi namun ia adalah jalan terbaik kepada gerakan Islam untuk menyampaikan dakwah bissilmi. Usah ceduk bulat – bulat demokrasi ciptaan barat namun gunakanlah sesuai dengan kaedah dan kepentingan Dunia Islam.

Pendokong gerakan Islam hendaklah mengambil demokrasi sebagai alat dan bukannya tujuan. Ini kerana tujuan utama adalah untuk menegakkan hukum Allah SWTdi muka bumi ini. Kuatkan muafakat dan persaudaraan, insyallah Dunia Islam akan bertambat erat dan kuat menempuh cabaran geopolitik dunia masakini serta kembali menjadi peneraju di muka bumi ini.

Semoga Allah SWT Memberi Kemenangan Kepada Islam.

YB Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Burok.

Tuesday, January 21, 2020

DAP liabiliti kepada PH dan negara.

Rupa-rupanya ada liabiliti yang lebih berbahaya kepada negara, berbanding hutang 1 trilion.

Itulah DAP, liabiliti kepada PH, liabiliti kepada negara.

#selamatkannegaraku

"Of course, Pakatan's election manifesto promised the sun and the moon. If we win today, tomorrow we will abolish tolls. If we win today, we will abolish PTPTN, the loan scheme for students. There are many more promises which now Pakatan must regret for putting them in their manifesto.

But the people want to see change. They want a better life. If the previous government was corrupt, they expect a better one. If the economy was bad before May 2018, they expect something better. And more importantly most Malaysians want a freer, fairer and more equitable Malaysia. They want race relations to improve.

None of the above has happened!

DAP must take a serious look at itself in the mirror. Trying to behave it is multiracial party is a good attempt but so far it has been only a cosmetic attempt. It is still perceived as a Chinese party.

And to many Malays, DAP is still a racist and chauvinistic Chinese party.

And I am not surprised many Malay leaders in Pakatan are regretting DAP's presence in the coalition. Things would have been better without them, they believed".

- Tan Sri Johan Jaafar 

https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2204327.html

KENYATAAN MEDIA - SEMAK SEMULA LANJUTAN KONSESI TOL 20 TAHUN



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) minta pihak Kerajaan Persekutuan menyemak semula tempoh lanjutan 20 tahun konsesi PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sehingga tahun 2058. Meskipun pengurangan kadar tol 18 peratus tanpa bayaran pampasan akan dilakukan bermula 1 Februari ini, namun lanjutan 20 tahun sangat tidak muhasabah. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa Pakatan Harapan gagal menghapuskan tol secara berperingkat sebaliknya mengambil tindakan populis melanjutkan tempoh konsesi.

PLUS adalah aset strategik Khazanah Nasional dan ia harus memikirkan mekanisme terbaik untuk menjaga kepentingan rakyat. PAS percaya tindakan Pengarah Urusan Khazanah Nasional mempertahan PLUS daripada dijual kepada sektor swasta yang lain sebenarnya mempunyai tawaran yang lebih baik. Sekiranya dihitung secara logik, rakyat akan terus terbeban dengan kaedah lanjutan tambahan konsesi 20 tahun dan ia tidak selari dengan hasrat awal pengambil alihan PLUS pada tahun 2011 dahulu. 

Kerajaan Persekutuan mengambil alih PLUS daripada pihak swasta menerusi UEM dan KWSP pada tahun 2011 adalah untuk menstruktur semula perjanjian konsesi berat sebelah yang telah dimeterai sejak tahun 1990-an. Sekurang-kurangnya kadar tol PLUS tidak dinaikkan sepanjang 10 tahun lalu dan pampasan kerajaan RM6.5 bilion tidak perlu dibayar lagi. Justeru, lebih baik Khazanah Nasional dan KWSP komited ke arah hasrat awal pengambil alihan tol dan tidak melanjutkan konsesi selama 20 tahun lagi. 

Sekian, terima kasih. 

*TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN*
Timbalan Presiden PAS 
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) 

24 Jamadil Awwal 1441 | 20 Januari 2020

https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/20/semak-semula-lanjutan-konsesi-tol-20-tahun/

Tuesday, January 7, 2020

Jalur Gemilang 5 Bucu : Tindakan Biadab Kepada Negara


*Kenyataan Media*
*Parti Islam Se-Malaysia (PAS)*

*Jalur Gemilang 5 Bucu : Tindakan Biadab Kepada Negara*

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tindakan menayangkan imej Jalur Gemilang dengan bintang lima bucu oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam majlis perasmian kejohanan sukan tersebut baru-baru ini.

Tindakan ini biadab dan merupakan penghinaan kepada negara. Ia seolah-olah sengaja mempersendakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat serta kedaulatan negara.

Insiden memperlakukan lambang kedaulatan negara sebegini sebelum ini telah beberapa kali berlaku contohnya memasang bendera dengan terbalik. Namun, apabila memohon maaf, kes tersebut dianggap selesai seperti ianya sekadar kesilapan biasa.

Jati diri sesebuah negara tidak hanya tertakluk kepada sesebuah lambang, namun tanggungjawab warganegara adalah untuk menjaga dan mempertahankannya. Ia dapat diukur menerusi perhatian dan tindakan terhadap simbol-simbol negara.

Terkini,  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid telah menetapkan bahawa siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PAS menggesa satu tindakan tegas dikenakan kepada pihak MABA selaku pengelola majlis yang bertujuan memberi pengajaran dan amaran kepada semua rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dalam isu kedaulatan negara.

'Islam Memimpin Perpaduan'
'Muafakat Nasional,  Membina Negara Sejahtera'

*KAMARUZAMAN MOHAMAD*
*Ketua Penerangan PAS Pusat*
27 November 2019 | 30 Rabiulawal 1441

https://berita.pas.org.my/jalur-gemilang-5-bucu-tindakan-biadab-kepada-negara/



Ceramah Penyatuan Ummah

Ceramah Penyatuan Ummah Peringkat Ampang

๐Ÿ“†22hb November 2019 | ๐Ÿ“†Jumaat | ⌛9:15pm
๐ŸฃWakaf YB Iskandar, Berhadapan Blok C dan D, Taman Dagang Fasa 2A
๐Ÿ“ก Siaran langsung di fb.com/PASKawAmpang

Penceramah:

✅ Ust Nasrudin Hassan Tantawi - Ketua Lujnah Dakwah merangkap AJK PAS Pusat
✅ Dato Dr Fathul Bari Mat Jahya - Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Semua dijemput hadir! Jom beramai-beramai!

LIKE dan SHARE!


Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Ke-59

Sidang muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia ke-59.

Jemput dengar melalui laman web www.hijau.fm atau applikasi Hijau.fm atau Tunein Radio

#islammemimpin
#sejahterabersamaislam
#malaysiasejahtera
#muktamardewanmuslimat



MENJAWAB KEKELIRUAN JIHADFOBIA

Minda Presiden PAS

MENJAWAB KEKELIRUAN JIHADFOBIA 

Terserlah di kalangan bukan Islam yang berfahaman negatif melampau terhadap Islam dengan menyalahgunakan perkataan jihad mendedahkan kebebalannya, kerana salah mendapat maklumat yang sebenar akan makna perkataan jihad mengikut bahasa Al-Quran.

Bahkan, ada juga daripada kalangan penganut Islam yang terlanjur sesat terhadap perkataan yang sangat mulia di sisi Islam tanpa peduli betapa kewajipan jihad itu daripada Allah yang Maha Suci daripada sifat kekurangan. Al-Quran itu adalah petunjuk dan penyelamat daripada Allah kepada umat manusia seluruhnya, sama ada yang menganut Islam atau tidak. 

Malangnya mereka menerima pengetahuan itu daripada kalangan para orientalis yang sentiasa berniat jahat terhadap Islam tanpa melaporkannya dengan adil berkonsepkan  budaya ilmu yang bermoral dan ikhlas mencari kebenaran.
 
Perkataan jihad sebenarnya dalam Bahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran, berasal daripada perkataan Al-Jahdu yang bermakna kesulitan atau Al-Juhdu bermakna tenaga, ditambah pula dengan satu huruf menjadikan sebutannya perbuatan jaahada, di mana masdar (nama terbitan) disebut jihad atau mujahadah, bermaksud kesungguhan melakukan sesuatu perkara sehingga terpaksa menghadapi kesulitan atau kesakitan dan terpaksa mengembelengkan tenaga yang besar. 

Adapun perkataan jihad mengikut istilah hukum Islam adalah kesungguhan menegakkan Islam walaupun terpaksa menghadapi kesusahan dan kesulitan, dan menggemblengkan tenaga sehingga mengorbankan jiwa raga, nikmat jasad, akal dan harta.  

Menegakkan Islam itu adalah melaksanakan Islam kerana berusaha menyelamatkan manusia termasuk diri sendiri, keluarga dan kaum bangsanya supaya menerima Islam yang sempurna, dengan berdakwah dan melaksanakan perintahnya kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat, sama ada mereka menerima Islam tanpa paksaan atau bersedia di bawah naungan Islam tanpa menganutnya. Di mana langkah itu terpaksa menghadapi tentangan dan cabaran.

Jihad juga termasuk melawan nafsu jahat dalam diri sendiri dengan sabar kalau sakit dan susah serta bersyukur tidak lalai kalau senang dan sihat. Namun diharamkan kalau membunuh diri sendiri sehingga menjadi dosa paling besar seperti yang dilakukan oleh kalangan bukan Islam.
 
Jihad juga dilakukan oleh umat Islam dalam meninggikan nasib mereka sendiri dari segenap lapangan ilmu, pendidikan, politik dan ekonomi mengikut takrif Islam yang menyeluruh, sehingga menasihati raja dan pemimpin yang zalim diletakkan menjadi jihad yang paling besar kerana bersabar dan tidak melakukan kekacauan dalam negara dan masyarakat sendiri walaupun terpaksa dizalimi sehingga dibunuh sekalipun.

Sabda Rasulullah S. A.W.:

ุฃูุถู„ ุงู„ุฌู‡ุงุฏ ูƒู„ู…ุฉ ุญู‚ ุนู†ุฏ ุณู„ุทุงู† ุฌุงุฆุฑ (ุฑูˆุงู‡ ุฃุจูŠ ุฏุงูˆุฏ ูˆุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ ูˆุงุจู† ู…ุงุฌู‡)

“Jihad yang paling mulia adalah menasihati kerajaan yang zalim”.  (Riwayat Abi Daud, At-Tirmizi dan Ibn Majah)

Usaha menegakkan Islam itu terpaksa menghadapi tentangan, sama ada perasaan dalam diri sendiri yang terpaksa bersabar menghadapi tekanannya atau pihak musuh luar di sekelilingnya. Bermula dengan pendekatan damai yang lebih diutamakan, sehinggalah terpaksa menghadapi musuh yang berperang dan melampau. Namun Islam mengharamkan tindakan melampau walaupun terhadap musuh yang melampau, berpandukan firman Allah:

ูˆَู‚َุงุชِู„ُูˆุง ูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠُู‚َุงุชِู„ُูˆู†َูƒُู…ْ ูˆَู„َุง ุชَุนْุชَุฏُูˆุง ุۚฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู„َุง ูŠُุญِุจُّ ุงู„ْู…ُุนْุชَุฏِูŠู†َ (190)

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau (dengan menceroboh atau melampaui adab peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau”. (Surah Al-Baqarah: 190)

Maka dihuraikan oleh Rasulullah S.A.W. dengan diharamkan melampau seperti membunuh mereka yang tidak terlibat dengan peperangan seperti kanak-kanak, kaum, wanita, orang tua, para paderi dan sami di rumah ibadah mereka serta dilarang merosakkan perkara lain yang tidak terlibat dengan peperangan. 

Islam juga mengharamkan tindakan melampau terhadap musuh yang telah terbunuh dan senjata pemusnah serta diwajibkan juga melayan tawanan dengan baik. Islam juga menggalakkan perdamaian diutamakan dahulu dan menerimanya walaupun sedang berperang, kerana firman Allah:

ูˆَุฅِู† ุฌَู†َุญُูˆุง ู„ِู„ุณَّู„ْู…ِ ูَุงุฌْู†َุญْ ู„َู‡َุง ูˆَุชَูˆَูƒَّู„ْ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฅِู†َّู‡ُ ู‡ُูˆَ ุงู„ุณَّู…ِูŠุนُ ุงู„ْุนَู„ِูŠู…ُ (61)

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Anfaal: 61)

Secara pelaksanaannya telah ditunjukkan oleh Islam sehinggalah mencapai kemenangan apabila berlakunya Fathu Makkah (berjaya membebaskan Makkah) dan peristiwa-peristiwa lain. Sila bandingkan dengan kemenangan seperti Revolusi Perancis, Komunis Soviet, China dan lain-lain termasuk peperangan yang dilakukan terkini oleh negara bukan Islam itu. 

Maka jihad tidak boleh disamakan dengan Holy War, terorisme dan sebagainya yang lain daripada perkataan jihad. Dalam ajaran Islam disebut hukum feqah yang bermaksud faham, seperti feqah solat, puasa, zakat, haji dalam perkara ibadat, feqah dalam hukum berkeluarga (munakahat), feqah muamalat (urusan ekonomi), feqah dalam urusan politik dan lain-lain. Maka jihad juga ada feqahnya tersendiri yang dibukukan oleh para ulama’ hukum Islam yang menyatakan syarat, rukun dan adabnya.

Oleh itu, kemenangan Islam dalam jihadnya menjadi kenyataan sejarah diterima oleh masyarakat bukan Islam sebagai penyelamat yang sangat berbeza dengan imperialisme dan kolonialisme.

Sejarah melaporkan betapa kerajaan China pada zaman itu mengambil sikap damai terhadap Islam, sehingga kedatangan Islam di Benua China itu berlaku sejak awal dengan dibuktikan kesan kedatangan Islam yang masih ada masjid-masjid sehingga kini.

Islam datang ke Malaysia bersama pendakwah secara damai, bukannya peperangan. Orang Melayu dan rumpunnya yang awal berada di sini menerima Islam yang berdaulat dengan menegakkan kerajaan, bukan sekadar penduduknya sahaja. Apabila penjajah Barat datang menyerang dan menakluk dengan berperang, maka umat Islam telah berjihad menentang penjajah itu, sebelum adanya PAS dan UMNO, lebih-lebih lagi sebelum adanya pendatang daripada bangsa lain yang dijadikan pekerja dan penduduk oleh penjajah.

Perjuangan politik secara demokrasi dilakukan oleh PAS dan UMNO sehingga mencapai kemerdekaan. Umat Islam pula menerima kaum lain yang dibawa oleh penjajah itu menjadi sebahagian anggota masyarakat majmuk yang bersaudara. Demokrasi yang mengambil pendekatan damai adalah sinonim dengan Islam dan ajaran jihadnya yang perlu direalisasikan bagi menegakkan Islam. 

Masyarakat Islam menolak fahaman komunis kerana ideologinya yang menentang semua agama dan menolak pendekatan demokrasi bebas secara damai. Maka masyarakat Islam juga menganggap kumpulan komunis adalah penjajah dan lebih berbahaya daripada penjajah Barat yang tidak menolak agama. Oleh itu komunis bukan pejuang kemerdekaan.

Islam juga menolak ideologi asing yang mengambil pendekatan demokrasi dan menghadapi ideologi itu dengan pendekatan demokrasi melalui perjuangan yang memerlukan amalan yang dinamakan jihad damai kerana memerlukan kesungguhan.

Maka tindakan daripada kalangan bukan Islam di sini yang suka membuat kenyataan jihadfobia hendaklah berfikir dengan matang dan adil sebelum mengeluarkan kenyataan. Sedarlah betapa masyarakat Melayu yang beragama Islam boleh menerima masyarakat majmuk dengan mudah bersama mereka, walaupun pelbagai provokasi dan kemarahan bebal oleh pihak lain, dalam keadaan kehidupan Melayu Islam yang dipinggirkan mengikut perancangan penjajah dahulu dan kesannya sehingga kini.

Janganlah memandang serong terhadap Islam yang sebahagian besar penganutnya Melayu yang berusaha untuk menyatukan mereka bagi membina jati diri bangsa dengan Islam bersama konsep mengiktiraf masyarakat majmuk.

Demi kepentingan bersama, kalangan bukan Islam wajib menolak semua pihak yang mahu mengapikan permusuhan dengan mentafsirkan Islam secara zalim yang akan menggugat diri mereka sendiri dan semua pihak lain.

Slogan Islamofobia kini telah memakan diri daripada kalangan yang mengapikannya di negara berkuasa besar. Maka jihadfobia janganlah pula akan membakar diri peniupnya.

PAS boleh mengadakan perbincangan dengan MIC baru-baru ini, walaupun majoriti ahlinya adalah penganut agama Hindu dan menunjukkan hasil yang sangat positif apabila memahami titik persamaan yang boleh bekerjasama dan perbezaan yang boleh dibincangkan secara terbuka tanpa perkelahian, apabila masing-masing menjaga adab dan sempadannya. PAS tetap menolak sesiapa yang tidak menjaga sempadan dan adab perbezaan dalam masyarakat majmuk. 

Bahkan PAS boleh mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai cabang bukan Islam yang menerima konsep politik Islam yang adil dan rahmat untuk semua. Maka menjadi satu ketelanjuran yang melampau apabila kalangan Melayu Islam dihukum kerana berbincang dan bekerjasama dalam satu agama dan satu bangsa. 

PAS teguh beristiqamah bersama Islam walaupun adanya pebezaan dalam perkara cabang yang tidak berkait dengan dasar. PAS menolak daripada kalangan Islam sendiri yang tidak beristiqamah dengan Islam walaupun dianutnya kerana tenggelam bersama mazhab Machiavelli matlamat menghalalkan segala cara (the ends justifies the means) walaupun menghilangkan maruah agama dan bangsanya.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 26 Rejab 1440 / 2 April 2019


Ijtimak Siber Malaysia

Menghadiri Ijtimak Siber Malaysia di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Anjuran Unit Penerangan Darul Iman (UPDI).















Belasungkawa