Thursday, April 25, 2019
Tuesday, April 23, 2019
Kenapa Azan Kuat?
*AZAN *
Mengapa azan harus dikumandangkan kuat? Pakai speaker pula. Apa tidak mengganggu yang lain termasuk non-Muslim?
Adalah teman saya, yang kebetulan non-Muslim, bertanya kepada saya, *“Kenapa kalau azan harus dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula?”*
Saya yang bukan ahli agama kemudian berpikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna dgn menjawab seperti ini.
*“Bro, azan itu adalah panggilan solat, namanya panggilan tidak mungkin dengan cara yang sama seperti berbicara atau berbisik-bisik”*
.
Teman saya membalas: *"Tapi kan orang-orang sekitar tidak semuanya muslim?”*
Saya jawab lagi: *“Benar. Bro, jika kita sekarang sedang berada di lapangan terbang, kita akan dengar announcement memberikan panggilan untuk boarding?*
*Apakah kamu juga tidak bertanyakan kepada mereka mengapa membuat panggilan boarding untuk pesawat2 lain dengan kuat padahal bukan panggilan untuk pesawatnya?”*
Dia tersenyum namun membalas lagi: *“Tapi bukankah semua orang sudah tahu dengan kemudahan dan teknologi moden dapat memberitahu mengenai waktu dan solat apa, tanpa harus melaungkan azan?”*
Saya kemudian menjawab: *“Ya setiap penumpang juga sudah tahu jadual penerbangannya sejak membuat tempahan tiket lagi, memegang tiket dan kemudian check-in, sudah tercetak jadual berlepas di boarding pass, sudah masuk ruang tunggu, tapi pihak Penerbangan masih membuat panggilan boarding bukan?*
*Dan ada satu hal lagi mengapa azan harus dikumandangkan, itu bukan hanya sebagai penanda sudah masuk waktu solat tapi benar-benar panggilan solat, kerana kami harus menyegerakan solat.*
*"Sama juga seperti semua penumpang harus segera masuk pesawat setelah panggilan boarding, walaupun masih ada waktu untuk naik pesawat sampai pintu pesawat dtutup”*
Kali ini senyumnya bertambah lebar, lalu dia segera memeluk saya sambil menepuk-nepuk bahu saya dan berkata “Superb.. I got it bro“
Note.
Masih banyak orang tidak rela ketinggalan pesawat dibanding ketinggalan solat. *Bahkan lebih rela menunggu pesawat yang belum datang dibandingkan menunggu azan datang.*
Ayuh mari kita share agar mereka bukan sahaja dapat memahami kenapa perlunya azan dilaungkan tetapi juga agar terbuka pintu hatinya. Aamiin
Hayya 'Alash Sholah = Ayuh Solat.
Hayya 'Alal Falah = Ayuh menuju kejayaan.
Solat adalah jalan kejayaan dunia akhirat.
Wassalam.
Thursday, April 11, 2019
Infografik Pindaan Perlembagaan
INFO GRAFIK USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN
Like & Share!!!
Kredit Pemuda PAS Bangi
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1873965422710057&id=348706355235979
#kitadppkl
#terusmara
#islammemimpin
Wednesday, April 10, 2019
Statu Rom
VIDEO Dedah Pembohongan Kerajaan PH tentang Mesyuarat Raja2 Melayu Berkenaan Statut Rom. Raja2 Melayu telah panggil pelbagai pihak dan bukan 4 pakar akademik sahaja. PH jangan hina Raja2 Melayu!!!
.
https://www.facebook.com/InfoRakyatKini/videos/372982646635370/
Apa Sumbangan Kita Untuk Islam?
*Dalam Ujian Susah & Senang*
*Apa Sumbangan Kita Untuk Islam?*
Petikan dari Kuliah Dhuha *Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang*
Hayati di
▶ You Tube
https://www.youtube.com/watch?v=glfnHVCaaCs&t=8s
https://www.facebook.com/gombaktv/videos/1112061745648562/
*SUBSCRIBE, LIKE & SHARE Gombak TV. Sebar-sebarkan*
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sifat Sedekah dan Pemaaf Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedek...
-
Majoriti melayu tidak puas hati pada PH. Kajian menunjukkan 60% melayu masih curiga kepada kerajaan pusat dan menganggap Putrajaya membawa...
-
SPRM SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB 1. PAS merujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertari...