Tuesday, March 19, 2019

DAP Anti Islam

[PANAS] DAP Anti Islam: Fitnah Atau Hakikat.?

Suhu di dalam Dewan Rakyat rupanya panas sehingga ke petang walaupun hujan lebat turun membasahi ibu kota Kuala Lumpur tadi.

Bagaikan cacing kepanasan, tatkala perkataan Terowong dan Banglo disebut pasti akan ada Ahli Parlimen PH khususnya DAP yang akan menggelupur. 

Kemuncaknya pada petang tadi ketika penghujung ucapan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa, YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary yang secara lantang dan tegas mendakwa DAP adalah anti Islam. 

Kenyataan beliau ini membuatkan ramai Ahli Parlimen DAP yang bangun mendesak kenyataan tersebut ditarik-balik.
Walaupun asakan demi asakan dibuat, YB Ustaz Ahmad Marzuk tetap tegas mempertahankan kenyataannya sambil  berkata;

"Cuma, satu perkataan yang saya nak tanya kepada DAP dan sebut secara jujur dalam Parlimen ini.
Adakah DAP bersetuju dengan agenda yang PAS bawa untuk menegakkan hukum dan syariat Islam dalam negara kita.?
Kalau DAP tidak setuju dengan hukum Islam, sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat sebelum pada ini.

Kalau tak setuju dengan Islam, maknanya anti kepada Islam. 
Apa yang nak ditarik balik.?
Memang betul kenyataan, anti kepada Islam.

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada apa yang perlu ditarik balik.
Memang, saya ulangi DAP anti kepada Islam. 
Saya tidak akan tarik balik. 
Memang anti kepada Islam, tidak suka kepada Islam, tidak suka kepada hukum Islam.
Memang itu kerja DAP.
Tolong jawab soalan saya, "

Kita nantikan sesi persidangan pagi esok adakah YB PAS Pengkalan Chepa ini akan dikenakan tindakan kerana menghina parti DAP yang menjadi peneraju utama Kerajaan Harapan Palsu ini..?
Inikan Malaysia Baru versi PH.
Mereka boleh kritik, kecam dan fitnah PAS dengan 1001 cereka palsu. 

Namun, apabila PH pula dikritik dan ditegur maka bersiap sedialah menanti hukuman dikenakan.

Syed Ahmad Fadhli

No comments:

Post a Comment

Belasungkawa