Tuesday, February 5, 2019

Minda Presiden PAS

Minda Presiden PAS

ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK

“PAS membuat keputusan mengikut kajian Majlis Syura Ulama’ dan pelaksanaannya oleh kepimpinan pusat berpandukan Al-Quran dan Sunnah, mendahulukan pendekatan bersama kumpulan Islam di pelbagai lapangan, politik dan lain-lain serta mengadakan tahaluf dan taawun dengan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan umatnya.

PAS membatalkan hubungan dengan pihak yang menunjukkan permusuhan terhadap Islam dan mencabar kepimpinan Islam seperti DAP dan lain-lain. Begitu juga pemimpin dan ahli PAS yang meninggalkan PAS kerana meletakkan perjuangannya di atas konsep yang salah dan sesat, tidak beristiqamah bersama Islam, melarikan diri daripada perjuangan Islam dan menunjukkan sikap wala'nya kepada mereka yang nyata bermusuh terhadap Islam dan umatnya, sehingga segala matlamat menghalalkan segala caranya semata-mata mahu cepat mendapat kuasa dan kedudukan.

Nas-nas Al-Quran, Hadis dan Ijma’ para ulama’ menegaskan bahawa hubungan tahaluf dan taawun bergantung kepada ijtihad yang boleh berubah hukum harus dan haramnya berdasarkan kepada situasi yang berubah dan sikap terhadap syarat-syaratnya yang dipatuhi atau tidak. Adapun haramnya berwala' kepada bukan Islam, adalah nas yang nyata yang tidak diizinkan berijtihad.

Maka lebih haram dan besar akibatnya melantik kepimpinan kerajaan yang berwala' kepada negara asing yang sangat bermusuh terhadap Islam dan penganutnya, serta mendukung falsafah politik pragmatik yang menenggelamkan Islam atau melemahkan kedudukannya.”


Baca lagi:

No comments:

Post a Comment

Belasungkawa